• Muafakat Games 2026 Tingkatkan Keinsaniah Pelajar Malaysia Di Australia
    May 15 2026
    Buat tahun ketiganya, Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne awal bulan Julai ini membabitkan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia. Pengarah projek kejohanan tahun ini memberitahu SBS Bahasa Melayu, Muafakat Games bertujuan mempertingkatkan keinsaniah dan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia di negara ini.
    Show More Show Less
    12 mins
  • Tips to reduce petrol costs | Fuel in Focus - Petua Mengurangkan Beban Kos Petrol | Fokus Terhadap Harga Petrol
    May 7 2026
    Rising fuel prices are putting pressure on household budgets across Australia, and for many people, it’s changing the way they travel. So what can you do to reduce your fuel costs without giving up your daily routine? Here are some simple, practical ways to save money on petrol. - Kenaikan harga petrol memberi tekanan terhadap kos kehidupan di seluruh Australia dan bagi sebilangan besar penduduk negara ini, ianya mengubah cara mereka bergerak. SBS Bahasa Melayu memaparkan petua yang boleh diamalkan untuk meringankan bebanan kos petrol tanpa mengorbankan rutin seharian anda.
    Show More Show Less
    8 mins
  • Johor Jewels Buru Kejuaraan Netball Super League 2026
    Apr 30 2026
    Demi menjadi juara Netball Super League Malaysia 2026, pasukan Johor Jewels baru-baru ini mengadakan lawatan latihan ke Melbourne untuk mengasah kecekapan anggota pasukannya di gelanggang bola jaring. SBS Bahasa Melayu berpeluang menemui pasukan yang dianggap antara terbaik di tanahair.
    Show More Show Less
    10 mins
  • Australia's Niue Island Community Honours ANZAC Pioneers - Komuniti Kepulauan Niue Kenang Jasa Perintis ANZAC
    Apr 23 2026
    Forgotten ANZACs from the Pacific Island of Niue. Descendants recall the tragedy filled journey of 150 volunteers, from an isolated tropical atoll, who were thrust into the cauldron of World War I. - Pahlawan ANZAC dari Pulau Niue tidak seharusnya dilupai. Jasa dan pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh generasi baru yang mengenang nasib sekumpulan 150 anak muda kepulauan yang meninggalkan pulau indah aman damai untuk dihantar ke medan peperangan Eropah semasa Perang Dunia Pertama.
    Show More Show Less
    9 mins
  • Kenapa Warga Melayu Victoria Inginkan Masjid Melayu Tersendiri?
    Apr 19 2026
    Apakah disebalik hasrat warga Melayu di Victoria yang inginkan masjid Melayu mereka tersendiri? SBS Bahasa Melayu menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Persatuan Melayu Islam Australia untuk mengetahui kenapa masjid yang kini sedia ada tidak mencukupi.
    Show More Show Less
    14 mins
  • KD Lekir Kebanggaan TLDM Capai Misi Bersejarah Mengelilingi Australia
    Apr 15 2026
    KD Lekir, kapal kombatan TLDM baru-baru ini menyertai latihan bersama tentera laut Malaysia-Australia yang turut membabitkan misi bersejarah pelayaran mengelilingi benua Australia. SBS Bahasa Melayu berpeluang melawat kapal perang diraja ini ketika ianya berlabuh di Pelabuhan Melbourne.
    Show More Show Less
    17 mins
  • Meskipun Jauh Di Perantauan, Warga Melayu di Australia Sakan Berhari Raya
    Apr 7 2026
    Meskipun jauh di perantauan, warga Melayu di Australia, khususnya di Melbourne dan sekitar Victoria, sakan menyambut Eidul Fitri sesama sendiri. SBS Bahasa Melayu mengunjungi rumah terbuka sepasang suami isteri yang sering dianggap bonda dan ayah oleh golongan yang sekian lama terpisah dari sanak saudara di tanahair.
    Show More Show Less
    12 mins
  • Warga Islam Queensland Raikan Eidul Fitri Dengan Penuh Kesyukuran
    Apr 2 2026
    Pesta Queensland Multicultural Eid Festival 2026 sekali lagi berjaya menarik warga Islam berbilang kaum dari sekitar bandar Brisbane meraikan Eidul Fitri tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan tahunan yang menyatupadukan komuniti migran di negeri yang terkenal sebagai "the Sunshine State".
    Show More Show Less
    16 mins